S10/2 Taman Desa Aman,
09410, Padang Serai, Kedah
Kepada nenek yang disayangi . Semoga nenek sihat sejahtera. Kami sekeluarga sihat sahaja.
Nenek,
Saya berasa sungguh gembira kerana kami sekeluarga akan menziarahi nenek di kampung pada 1 haribulan 6. kami sekeluarga telah pun membuat banyak persiapan untuk pulang ke kampung. Untuk pengetahuan nenek, ibu membuat banyak kuih-muih kesukaan nenek, antaranya bahulu, kuih apam dan popia goreng.
Apabila berada di sana, kami bercadang hendak menyambut hari ulang tahun nenek pada 3 Jun. Menurut ibu, ayah akan membuat majlis makan malam dan hanya menjemput keluarga terdekat sahaja dan jiran-jiran di rumah nenek.
Saya dan adik telah pun menyediakan hadiah untuk nenek. Oh ya, ayah dan ibu juga tidak ketinggalan menyediakan hadiah untuk nenek. Saya pasti, nenek pasti akan gembira pada hari ulang tahun nenek. Kami sekeluarga telah banyak membuat rancangan dan bercadang hendak membeli barang-barang untuk majlis makan malam pada hari esok.
Mudah-mudahan kita sekeluarga dapat berkumpul pada hari ulang tahun nenek.
Sekian sahajalah untuk kali ini. Saya sangat berharap kita dapat bertemu. Walaupun jauh di hati, selalu dekat di hati.
Yang benar,
Nurul
No comments:
Post a Comment